Sebaik-baiknya Islam






Hadith seterusnya: Saling Cinta Mencintai




Tinggalkan Keraguan






Hadith seterusnya: Sebaik-baiknya Islam



Syarat Doa Makbul






Hadith seterusnya: Tinggalkan Keraguan





Sebab Kemusnahan Umat Terdahulu






Hadith seterusnya: Syarat Doa Makbul




Tugas Nabi






Hadith seterusnya: Sebab kemusnahan umat terdahulu




Agama Itu Nasihat





Hadith seterusnya: Tugas Nabi




Halal Haram dan Syubhat






Hadith seterusnya: Agama itu nasihat




Bidaah





Hadith seterusnya: Haram, halal dan syubhat




Ahli Syurga dan Ahli Neraka




Hadith seterusnya: Bida'ah



Amalan dan Niat


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsh Umar Al-Khattab RA berkata:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


"Bahawasanya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu mendapat (balasan) yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia meraihnya atau kerana seorang wanita yang ingin ia kahwini, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


Antara pengajaran hadis:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan yang baik mesti disertakan dengan niat yang baik. Sekiranya amalan yang baik tidak disertakan dengan niat kerana Allah, umpamanya untuk menunjuk-nunjuk atau untuk mendapat pujian, maka amalan tersebut tertolak.

Setiap amalan dibalas mengikut niat si pelakunya. Dalam hadis di atas, sebagai contoh, jika hijrah itu dilakukan kerana hendak mengahwini seorang wanita, maka ia akan dapat apa yang dihajatinya tetapi ia tidak mendapat pahala hijrah itu. Hijrah yang dilakukan di zaman Rasulullah SAW adalah peristiwa besar, dan barangsiapa melakukannya kerana Allah dan RasulNya, balasannya adalah pahala yang besar.

Seorang ulama pernah berkata: Amalan besar boleh menjadi kecil (balasan pahalanya) dan amalan kecil boleh menjadi besar (balasan pahalanya) kerana niat.

Walaupun hijrah sudah tidak berlaku lagi selepas zaman Rasulullah SAW, hijrah pada masa sekarang ini boleh jadi berupa hijrah dari satu negara ke negara lain kerana cengkaman pemimpin yang kejam yang melarang ibadah secara terbuka, atau berhijrah meninggalkan maksiat kepada melakukan taat. Allahu 'alam.


Hadith seterusnya: Islam, Iman dan Ihsan








Rukun Islam


Dari Abdullah bin Umar RA berkata: 

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 


"Islam itu didirikan atas lima (perkara): bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan puasa di bulan Ramadhan."


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim




Hadith seterusnya: Ahli Syurga dan Ahli Neraka



Islam Iman dan Ihsan


Dari Umar Ibnul-Khattab RA, ia berkata:


Pada satu hari kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut hitam pekat, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada di antara kami yang mengenalinya, lalu ia duduk bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu lelaki itu berkata: "Khabarkan aku tentang Islam." Jawab Rasulullah SAW: "Islam ialah mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bagi yang mampu." Lelaki itu berkata: "Benar katamu." (Berkata Umar: Kami merasa hairan kepada tingkah laku lelaki tersebut, dia yang bertanya dan dia pula yang membernarkannya). Lelaki itu berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku tentang Iman." Rasulullah SAW menjawab: "Hendaklah kamu beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah kamu beriman kepada takdir Allah, yang baik dan yang buruk." Lelaki itu berkata lagi: "Benar katamu! Khabarkan kepadaku tentang Ihsan." Rasulullah SAW menjawab: "Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya. Sekiranya kamu tidak dapat melihatNya, sesungguh Allah sentiasa melihat Kamu." Lelaki itu berkata lagi: "Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat." Rasulullah SAW menjawab: "Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya." Lelaki itu berkata lagi: "Khabarkan kepadaku tentang tanda-tandanya." Rasulullah SAW menjawab: "Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri, apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian iaitu pengembala kambing membina bangunan yang tinggi-tinggi." (Kemudian lelaki itu beredar). Rasulullah SAW bertanya: "Tahukah kamu wahai Umar siapakah pemuda yang bertanya tadi?" Umar menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Rasulullah SAW berkata: "Itulah Jibril. Ia datang untuk mengajarkan agama kepada kamu."


Hadis Riwayat Muslim



Antara Pengajaran Hadis:

Dalam Islam, ilmu mestilah dipelajari dengan cara berguru, tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Dalam menuntut ilmu dengan seorang guru, murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana yang ditunjukkan oleh Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga, seorang guru mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi dengan melayan semua pertanyaan-pertanyaan secara hikmah. Seseorang guru hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahuinya dan meninggalkan apa yang tidak diketahui. 

Agama Islam adalah agama yang datang dari Allah yang bersumberkan wahyu dari langit diturunkan melalui malaikat Jibril. Ia bukanlah agama rekaan manusia mengikut logik akal, sebab itu ia sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.

Hadis ini menegaskan tiga tunggak utama agama Islam yang harus difahami oleh seluruh umat Islam, iaitu rukun Islam, rukun iman dan ihsan. Rukun Islam terdiri dari 5 perkara - mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah di Mekah. Manakala rukun Iman pula terdiri dari 6 perkara - percaya kepada Allah, percaya kepada para malaikatNya, percaya kepada kitab-kitabNya, percaya kepada para RasulNya, percaya kepada hari Qiamat dan percaya kepada qadar baik dan qadar buruk datang dari Allah.

Kesempurnaan seorang mukmin hanya akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan semua rukun iman dan bersifat ihsan. Islam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. 

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun Iman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku termasuk baginda Rasulullah SAW. Walaupun tarikh qiamat adalah perkara ghaib yang menjadi rahsia Allah SWT, namun Allah SWT mengilhamkan beberapa tanda yang menunjukkan saat hampirnya hari qiamat itu, antaranya apabila terjadinya peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya sendiri (iaitu ibu menjadi hamba kepada anaknya sendiri) dan apabila orang miskin yang papa kedana (contohnya pengembala kambing) menjadi kaya raya dan berlumba-lumba membina bangunan.



Hadith seterusnya: Rukun Islam