Amalan dan Niat


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsh Umar Al-Khattab RA berkata:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


"Bahawasanya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu mendapat (balasan) yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia meraihnya atau kerana seorang wanita yang ingin ia kahwini, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


Antara pengajaran hadis:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan yang baik mesti disertakan dengan niat yang baik. Sekiranya amalan yang baik tidak disertakan dengan niat kerana Allah, umpamanya untuk menunjuk-nunjuk atau untuk mendapat pujian, maka amalan tersebut tertolak.

Setiap amalan dibalas mengikut niat si pelakunya. Dalam hadis di atas, sebagai contoh, jika hijrah itu dilakukan kerana hendak mengahwini seorang wanita, maka ia akan dapat apa yang dihajatinya tetapi ia tidak mendapat pahala hijrah itu. Hijrah yang dilakukan di zaman Rasulullah SAW adalah peristiwa besar, dan barangsiapa melakukannya kerana Allah dan RasulNya, balasannya adalah pahala yang besar.

Seorang ulama pernah berkata: Amalan besar boleh menjadi kecil (balasan pahalanya) dan amalan kecil boleh menjadi besar (balasan pahalanya) kerana niat.

Walaupun hijrah sudah tidak berlaku lagi selepas zaman Rasulullah SAW, hijrah pada masa sekarang ini boleh jadi berupa hijrah dari satu negara ke negara lain kerana cengkaman pemimpin yang kejam yang melarang ibadah secara terbuka, atau berhijrah meninggalkan maksiat kepada melakukan taat. Allahu 'alam.


Hadith seterusnya: Islam, Iman dan Ihsan








No comments:

Post a Comment