Imam Muslim dilahirkan di Naisabur pada tahun 202 H atau 817 M. Nama lengkapnya ialah Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al Qusyairi an Naisaburi.
Naisabur terletak di sekitar Sungai Jihun di Uzbekistan. Pada masa Dinasti Samanid, Naisabur menjadi pusat pemerintahan dan perdagangan selama lebih kurang 150 tahun. Seperti halnya dengan Baghdad dan Bukhara (kota kelahiran Imam Bukhari), Naisabur juga adalah kota ilmu dan pusat peradaban di kawasan Asia Tengah. Di sini lahirnya ramai ulama-ulama besar.
Naisabur terletak di sekitar Sungai Jihun di Uzbekistan. Pada masa Dinasti Samanid, Naisabur menjadi pusat pemerintahan dan perdagangan selama lebih kurang 150 tahun. Seperti halnya dengan Baghdad dan Bukhara (kota kelahiran Imam Bukhari), Naisabur juga adalah kota ilmu dan pusat peradaban di kawasan Asia Tengah. Di sini lahirnya ramai ulama-ulama besar.
Seperti Imam Bukhari, perhatian dan minat Imam Muslim terhadap ilmu hadis memang luar biasa. Sebagaimana Imam Bukhari, beliau juga mempunyai kelebihan berupa ketajaman berfikir dan kuat daya ingatan. Beliau mula mempelajari dan mendalamai ilmu hadis ketika berusia sepuluh tahun. Beliau mula berguru dengan seorang ahli hadis di Naisabur iaitu Imam Ad Dakhili.
Imam Muslim juga berguru dengan banyak ulama di pelbagai tempat dan negara. Dalam usahanya mencari dan menyelidik tentang urutan sesebuah hadis dan latar-belakang perawi-perawinya, beliau mengembara ke Khurasan, Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan negara-negara lain. Imam Muslim bertemu dan berdiskusi dengan ramai ulama-ulama besar hadis, antaranya Yahya bin Yahya, Ishak bin Rahawaih, Muhammad bin Mahran, Abu ‘Ansan, Ahmad bin Hanbal, Abdullah bin Maslamah, Sa’id bin Mansur, Abu Mas ‘Abuzar, ‘Amr bin Sawad dan Harmalah bin Yahya.
Imam Muslim juga berguru dengan Imam Bukhari. Ketika Imam Bukhari datang ke Naisabur, Imam Muslim sering mendatanginya untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat terutamanya tentang ilmu-ilmu hadis.
Yang anehnya, Imam Muslim tidak memasukkan hadis-hadis yang diterimanya dari Imam Ad Dakhili dan Imam Bukhari dalam kitab sahihnya maupun kitab-kitabnya yang lain padahal kedua-duanya adalah guru beliau. Walau bagaimanapun, beliau tetap mengakui mereka sebagai gurunya.
Imam Muslim sangat terkenal dengan sifat tawadhu’ dan wara’ dalam ilmu. Dikatakan beliau telah meriwayatkan puluhan ribu hadis. Menurut Muhammad Ajaj Al Khatib, seorang ulama besar hadis dari Universiti Damaskus, Syria, Sahih Muslim memuatkan 3,030 hadis tanpa pengulangan. Bila dihitung sekali dengan hadis-hadis yang berulang, jumlahnya di sekitar 10,000 hadis. Manakala menurut Imam Al Khuli, seorang ulama besar di Mesir, terdapat 4,000 hadis tanpa pengulangan dalam Sahih Muslim, dan 7,275 hadis dengan pengulangan. Dikatakan Imam Muslim telah mengumpulkan di sekitar 300,000 hadis tetapi hanya memuatkan sebahagian kecil sahaja daripadanya ke dalam Sahih Muslim. Usaha ini beliau lakukan dalam masa 15 tahun.
Imam Muslim menjadi orang kedua terbaik dalam hal berkaitan dengan ilmu hadis (sanad, matan, kritik dan pemilihan) selepas Imam Bukhari. Dua kitab sahih hadis karya Bukhari dan Muslim telah disepakati oleh semua ulama sebagai rujukan hadis paling sahih sepanjang zaman. Subhanallah. Semoga Allah SWT merahmati mereka berdua dan dikurniakan al Firdaus.
Kewafatan Imam Muslim
Imam Muslim wafat pada hari Ahad bersamaan 24 Rajab 261H di kampung Nasr Abad daerah Naisabur, iaitu lebih kurang 5 tahun selepas kewafatan Imam Bukhari. Semoga Allah SWT merahmatinya, mengampuni segala kesalahannya, serta menggolongkannya ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Amiin.
Karya-karya Imam Muslim
Sebagaimana Imam Bukhari juga, Imam Muslim telah menghasilkan banyak karya, termasuk: 1) Al-Asma’ wal-Kuna, 2) Irfadus Syamiyyin, 3) Al-Arqaam, 4) Al-Intifa bi Juludis Siba’, 5) Auhamul Muhadditsin, 7)At-Tarikh, 8.) At-Tamyiz, 9) Al-Jami’, 10) Hadis Amr bin Syu’aib, 11) Rijalul ‘Urwah, 12)Sawalatuh Ahmad bin Hanbal, 13) Thabaqat, 14) Al-I’lal, 15) Al-Mukhadhramin, 16) Al-Musnad al-Kabir, 17) Masyayikh ats-Tsawri, 18) Masyayikh Syu’bah, 19) Masyayikh Malik, 20) Al-Wuhdan dan 21) As-Sahih al-Masnad.
Karya Imam Muslim yang paling unggul adalah Sahih Muslim (judul singkatnya) yang asalnya berjudul Al-Musnad as-Sahih, al-Mukhtashar minas Sunan, bin-Naqli al-’Adl ‘anil ‘Adl ‘an Rasulillah.
No comments:
Post a Comment